Tahukah Anda?










 
 Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.
 
Ikan paus
 
 
 
 
Burung pinguin boleh berenang sepantas 24 km sejam.
 
Pinguin
 
 
 
 
 
Tiram boleh bertukar jantina beberapa kali sepanjang tahun.
 
Tiram
 
 
 
 
Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25 meter berdiri di dalamnya.
 
Badak
 
 
Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.
 
Jerung
 
 
Semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam dengan merenggangkan badannya setiap pagi.
 
Semut
 
 
 
Otak manusia adalah bahagian tubuh badan manusia yang paling rumit dan sebahagian besar masih belum difahami. Namun bahagian otaklah yang membuat bahagian tubuh lain bekerja dengan baik. 
 
 
Otak
 
 
 
 
 
KETAHUI 10 CARA UNTUK MEMILIKI OTAK  YANG CERDAS

Coklat



Coklat atau koko telah dibuktikan sangat berkhasiat untuk otak. Secara mudah, coklat mampu meningkatkan aliran darah ke otak sekali gus memberi kecerdasan pada otak anda.

Madu



Madu dan kesihatan bukan sesuatu yang baru, malah turut digelar Raja Ubat kerana kemampuan madu menyembuhkan pelbagai penyakit. Madu juga  membantu meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental anda. Selain itu, madu turut menghindari kepenatan pada otak yang melakukan banyak kerja.

Kismis



Kismis membekalkan zat besi untuk pertambahan darah bagi memastikan bekalan oksigen ke otak yang mencukupi. Hasilnya kismis membantu masalah mengantuk, pelupa, lembab dan lemah dalam berfikir.

Susu Segar



Susu mengandungi tiga elemen yang membantu pertumbuhan badan dan otak iaitu air, keju dan lemak. Susu tidak hanya membekalkan kalsium pada tulang, tetapi turut menguatkan ingatan, memberi tenaga fizikal dan mental. Malah, susu juga ialah penawar untuk menghindari masalah lupa.

Daun Salad



Makan daun salad dapat menghilangkan rasa dahaga dan melancarkan sistem pernafasan. Apabila sistem pernafasan lancar, anda akan berasa lebih tenang dan mudah utuk mengulang kaji pelajaran.

Teh



Teh mengandungi sejenis bahan yang dikenali senagai Catechins. Catechins berfungsi untuk mengekalkan kesegaran minda anda kerana ia menjadi agen yang membenarkan otak anda berehat dan menbantu melawan keletihan mental. Jadi amalkanlah minum secawan teh setiap pagi.

Telur



Telur juga merupakan salah satu makanan yang menyumbang kepada kecerdasan otak. Makanan ini mengandungi pelbagai khasiat termasuk protein, mineral, vitamin, kalsium dan zat besi. Telur, terutama telur kuning bukan sahaja mampu mengatasi kelemahan tenaga fizikal tetapi juga minda.

Mangga



Buah mangga bukan sahaja enak untuk diminum, tetapi juga mengandungi khasiat yang baik untuk otak. Kandungan jumlah asid glutamik yang cukup ini sangat berguna khususnya untuk meningkatkan daya ingatan.

Tiram



Menurut kajian, makanan laut ini boleh menajamkan fikiran dan meningkatkan kebolehan anda untuk mengingatkan kembali maklumat yang diperoleh dengan mudah. Hal ini kerana tiram mengandungi zink dan zat besi yang membantu menguatkan daya ingatan.

Air



Ini ialah bahan terakhir sekali dan selalu dikaitkan sebagai bahan untuk mengelak penyakit. Air berfungsi untuk mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalirkan darah serta zat ke seluruh badan. Amalkan minum air sebanyak lapan gelas sehari untuk membantu kecerdasan minda anda.

3 comments:

chong sze fung said...

Agak manfaatkan kita............

Mahanum binti Mohamed said...

Terima kasih cikgu

Fresca Joemaya said...

Salam sejahtera. Tahniah..!! Sebuah blog yang banyak memberi manfaat kepada semua.