Wednesday, 21 November 2012

UNIT 21- KENALI PEMIMPIN KITA



A.  Kenali dan Hormati Pemimpin Kita
      Nilai 5.1 - Hormat dan setia  kepada pemimpin, raja dan negara
Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
Perdana Menteri yang ke-5

Perdana Menteri Malaysia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Sebagai ketua pentadbiran negara, Perdana Menteri mentadbir pengurusan perkhidmatan awam dan agensi-agensi kerajaan, melantik anggota kabinet dan menjadi anggota dalam parlimen. Beliau juga bertanggungjawab dalam membuat dasar dan keputusan untuk kerajaan Malaysia.

Menteri

Bagi membantu tugas Perdana Menteri, seramai 33 orang menteri telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Kesemua menteri ini merupakan ahli Dewan rakyat yang telah dipilih melalui pilihan raya. Menteri-menteri ini bertanggungjawab menggubal dasar negara seperti kewangan, keselamatan, kesihatan, perindustrian, perdagangan dan pelajaran.

Sumbangan Perdana Menteri dan Menteri-menteri

Perdana Menteri dan menteri-menterinya bertanggungjawab dalam :

·    Merancang program pembangunan ekonomi negara.
 
·    menyumbang kepada keamanan dan kemerdekaan negara serta perpaduan rakyat.
·    Meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pendidikan dan perubatan.
·    Menjalin hubungan diplomatik dengan negara luar.

Sebagai rakyat yang taat setia, kita mestilah mengenali dan menghormati barisan pemimpin negara serta tidak memburuk-burukkan mereka. Kita juga harus membekalkan sokongan dan melibatkan diri untuk menjayakan program-program yang dilancarkan oleh negara. Kita juga digalakkan menggantung gambar pemimpin di sekolah.

Glosari ; Diplomatik bermaksud hubungan antarabangsa

Layari laman web http://www.pmo.gov.my/

 

6 comments:

chan siew hong said...

maklumat yang berguna.

Rohani M.U said...

Assalammualaikum wbt.
Sungguh indah blog cikgu dan berinformasi. Penuh daya kreativiti. Saya sukakannya. Tahniah. Teruskan cikgu :)

Chang Lee Lian said...

Maklumat ini amat penting. Terima kasih, cikgu.

nurul hijrah said...

kita harus faham dan ingat perdana menteri kita dan jangan lupa...maklumat ini sangat penting untuk kita.jangan kita abaikan maklumat ini...

myra surya kiha said...

terima kasih malaysia kami sayang awak kerana kamu sudah menjaga negara ini dengan baik.kami bangga dengan awak kerana mempertahan kan negara kita ini.dan saya harap yang selama ini saya derma untuk orang susah tercapai juga.sekian terima kasih.assalamualaikum

nurul hijrah said...

maklumat ini sangat penting bgi sya...jangan kita lupa kepada pahlawan negara yang banyak membantu kita di masa kita dalam kesusahan dan semasa mereka berhadapan dengan musuh kita..dan juga,semasa negara lain masuk ke dalam negera kita..kita harus hormat kepada pahlawan negara kita yang sudah meninggal dunia..kita harus berdoa supaya mereka masuk ke dalam syuga dan bersama dengan orng orng yang beriman..