Sunday, 18 November 2012

B. Selamatkan Alam Sekitar Mereka

Jerebu

JEREBU
Penunjuk Kebersihan Atmosfera Kita
Apakah Jerebu?
Jerebu yang kelihatan di latar langit bandar kita disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarahan ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri. Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan alam sekitar bandar tetapi dicerap juga di luar bandar.
Zarah Jerebu - Asal Kejadiannya
Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber, antaranya ialah semulajadi dan antropogen. Sumber semula jadi termasuklah lautan, hutan dan permukaan bumi. Walau bagaimanapun kebanyakan zarahan adalah daripada aktiviti manusia seperti pembakaran secara terbuka, pembukaan tanah, pengunaan kenderaan bermotor dan pembakaran bahan api di dalam dandang industri. Pembakaran TerbukaAsap Kenderaan

Keadaan di Malaysia yang Membantu Pembentukan Jelebu
Di tropika, laju angin biasanya perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa Monsun Barat Daya, keadaan atmosfera sangat stabil dan pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurang. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif menyebabkan cuaca kering. Beberapa faktor seperti tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan sumber pencemaran yang banyak di bandar atau luar bandar merupakan ramuan unggul pembentukan jerebu. Zarahan yang dibebaskan terperangkap di dalam atmosfera jisim udara bergenang dan meningkatkan kepekatannya. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos.
Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut yang umumnya bertiup kuat dari Laut China Selatan sering menurunkan kelengasannya di daratan sebagai hujan menyeluruh, oleh itu jerebu jarang kelihatan.

Apakah yang Menyebabkan Jerebu Hilang?
Atmosfera kita berubah-ubah, demikian juga halnya terdapat hari yang berjerebu dan hari cerah. Apakah yang berlaku ? Zarahan di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses. Zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pengendapan graviti.
Proses basuhan hujan melibatkan pemeluwapan wap ke atas zarah kumin bagi membentuk titis air yang akhirnya menghasilkan awan. Zarahan juga disingkirkan melalui perlanggaran dan perlekatan dengan turunnya titis hujan melalui proses yang disebut cucian.
Golakan juga memainkan peranan membawa zarahan jerebu ke paras atmosfera tinggi untuk sebaran yang lebih berkesan. Dalam kes ini, hujan lebat / ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan. Hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.

sumber : Jabaran Meteorologi Malaysia

No comments: