Wednesday, 21 November 2012

B. Kenali Perdana Menteri Kita

Sejak kemerdekaan pada 31Ogos 1957, Malaysia telah dipimpin  oleh beberapa orang Perdana Menteri yang bertindak sebagai ketua kerajaan. Mereka ialah :


Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid  Shah
 ( 1957 - 1970 )
Bapa Kemerdekaan 
 Peneraju Kemerdekaan dan pengasas perpaduan negara.



 
 


   Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein
( 1970 - 1976 )
   Bapa Pembangunan 
 Pengasas Dasar Ekonomi Baru, membasmi kemiskinan
   serta menaikkan taraf ekonomi rakyat tanpa mengira kaum.



 
Tun Hussein bin Onn
 ( 1976 - 1981 )
 Bapa Perpaduan 
 Memperteguh perpaduan dan ingrasi di kalangan rakyat  pelbagai kaum.


 
   
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
( 1981 - 2003 )
    Bapa Pemodenan 
 Menyumbang ke arah kepesatan ekonomi negara melalui
    Dasar Pandang  ke Timur, Dasar Perindustrian Negara seperti projek kereta
    nasional.  Pengasas Wawasan 2020 dan Koridor Raya Multimedia.





    Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
 ( 2003 - 2009 )
    Memperkenalkan program membasmi rasuah, menggalakkan integrasi
    nasional dan memperkenalkan Pengurusan Islam Hadhari.

UNIT 21- KENALI PEMIMPIN KITA



A.  Kenali dan Hormati Pemimpin Kita
      Nilai 5.1 - Hormat dan setia  kepada pemimpin, raja dan negara
Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
Perdana Menteri yang ke-5

Perdana Menteri Malaysia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Sebagai ketua pentadbiran negara, Perdana Menteri mentadbir pengurusan perkhidmatan awam dan agensi-agensi kerajaan, melantik anggota kabinet dan menjadi anggota dalam parlimen. Beliau juga bertanggungjawab dalam membuat dasar dan keputusan untuk kerajaan Malaysia.

Menteri

Bagi membantu tugas Perdana Menteri, seramai 33 orang menteri telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Kesemua menteri ini merupakan ahli Dewan rakyat yang telah dipilih melalui pilihan raya. Menteri-menteri ini bertanggungjawab menggubal dasar negara seperti kewangan, keselamatan, kesihatan, perindustrian, perdagangan dan pelajaran.

Sumbangan Perdana Menteri dan Menteri-menteri

Perdana Menteri dan menteri-menterinya bertanggungjawab dalam :

·    Merancang program pembangunan ekonomi negara.
 
·    menyumbang kepada keamanan dan kemerdekaan negara serta perpaduan rakyat.
·    Meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pendidikan dan perubatan.
·    Menjalin hubungan diplomatik dengan negara luar.

Sebagai rakyat yang taat setia, kita mestilah mengenali dan menghormati barisan pemimpin negara serta tidak memburuk-burukkan mereka. Kita juga harus membekalkan sokongan dan melibatkan diri untuk menjayakan program-program yang dilancarkan oleh negara. Kita juga digalakkan menggantung gambar pemimpin di sekolah.

Glosari ; Diplomatik bermaksud hubungan antarabangsa

Layari laman web http://www.pmo.gov.my/

 

Sunday, 18 November 2012

C. Alam Sekitar Perlu Di Jaga

 

Punca Pencemaran

Asap kenderaan


Pembakaran Terbuka

Penggunaan CFC


Akibat Pencemaran





 
Penyakit


 
Cuaca Panas


 
Jerebu
 Langkah Mengatasi Pencemaran

Berbasikal

Mengitar semula
 

B. Selamatkan Alam Sekitar Mereka

Jerebu

JEREBU
Penunjuk Kebersihan Atmosfera Kita
Apakah Jerebu?
Jerebu yang kelihatan di latar langit bandar kita disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarahan ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri. Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan alam sekitar bandar tetapi dicerap juga di luar bandar.
Zarah Jerebu - Asal Kejadiannya
Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber, antaranya ialah semulajadi dan antropogen. Sumber semula jadi termasuklah lautan, hutan dan permukaan bumi. Walau bagaimanapun kebanyakan zarahan adalah daripada aktiviti manusia seperti pembakaran secara terbuka, pembukaan tanah, pengunaan kenderaan bermotor dan pembakaran bahan api di dalam dandang industri. Pembakaran TerbukaAsap Kenderaan

Keadaan di Malaysia yang Membantu Pembentukan Jelebu
Di tropika, laju angin biasanya perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa Monsun Barat Daya, keadaan atmosfera sangat stabil dan pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurang. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif menyebabkan cuaca kering. Beberapa faktor seperti tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan sumber pencemaran yang banyak di bandar atau luar bandar merupakan ramuan unggul pembentukan jerebu. Zarahan yang dibebaskan terperangkap di dalam atmosfera jisim udara bergenang dan meningkatkan kepekatannya. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos.
Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut yang umumnya bertiup kuat dari Laut China Selatan sering menurunkan kelengasannya di daratan sebagai hujan menyeluruh, oleh itu jerebu jarang kelihatan.

Apakah yang Menyebabkan Jerebu Hilang?
Atmosfera kita berubah-ubah, demikian juga halnya terdapat hari yang berjerebu dan hari cerah. Apakah yang berlaku ? Zarahan di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses. Zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pengendapan graviti.
Proses basuhan hujan melibatkan pemeluwapan wap ke atas zarah kumin bagi membentuk titis air yang akhirnya menghasilkan awan. Zarahan juga disingkirkan melalui perlanggaran dan perlekatan dengan turunnya titis hujan melalui proses yang disebut cucian.
Golakan juga memainkan peranan membawa zarahan jerebu ke paras atmosfera tinggi untuk sebaran yang lebih berkesan. Dalam kes ini, hujan lebat / ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan. Hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.

sumber : Jabaran Meteorologi Malaysia

Wednesday, 14 November 2012

Unit 20 : BERSAMA MENJAGA KEBERSIHAN ALAM

A. Elakkan Pencemaran Sebelum Terlambat

1. Akibat pencemaran terhadap manusia dan alam sekitar :

 a)  Manusia
      - menyedut udara kotor
      - menyebabkan batuk, kanser kulit, kulit menjadi gatal dan kesukaran bernafas

 b)  Alam sekitar
      - suhu bumi menjadi panas
      - menghasilkan jerebu
      - ais di Kutub Utara dan Selatan mencair
      - menyebabkan banjir besar

2. Pencemaran alam boleh dielakkan dengan cara :

    - mengurangkan pengeluaran asap dengan cara  berkongsi kereta, berbasikal
    - mengelakkan  pembakaran terbuka.
    - mengurangkan pengeluaran asap dari kilang
    - menambahkan kuantiti gas oksigen dengan cara mengurangkan penebangan pokok, menanam
       pokok yang ditebang semula dan tidak merosakkan pokok.
    - mengamalkan kitar semula dan guna semula
    - mengurangkan penggunaan penyembur aerosol  dan penyaman udara yang mengandungi CFC.

3, Cara melibatkan diri dengan mengurangkan masalah pencemaran alam adalah dengan :

   - menggunakan kenderaan awam
   - menaiki basikal ke sekolah
   - mengelakkan pembakaran di tempat terbuka
   - mengguna semula kertas
   - mengitar semula kertas
   - mengurangkan penggunaan penyembur aerosol dan penyaman udara.
   - menjimatkan penggunaan pensel dan kertas
  

D. Hargai Alam Sekitar

Isikan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang sesuai.


| matahari | berkurangan | baldi | tercemar | hujan | tutup | berkongsi | kebocoran |

  1. Air sungai, air tasik dan air bawah tanah yang __________________ menyebabkan bekalan air bersih di dunia semakin kurang.
  2. ____________________ paip air semasa menyabun badan dan memberus gigi.
  3. Bantulah ayah memeriksa paip jika ada __________________ pada sambungan paip air di rumah kamu untuk mengelakkan pembaziran air.
  4. Basuh basikal kamu dengan menggunakan air dari _____________________ dan bukannya dari salur getah.
  5. Sumber tenaga daripada cahaya ____________________ boleh digunakan untuk menggantikan minyak dan gas.
  6. Air _____________________ boleh ditadah dan digunakan untuk menyiram tumbuhan di rumah.
  7. Kita boleh ___________________ kereta, berjalan kaki, berbasikal, berbasikal atau menaiki bas untuk ke sekolah.
  8. Minyak, gas dan arang batu adalah antara contoh sumber kuasa yang semakin _____________.

Kita perlu bersikap sederhana dalam menggunkan sumber alam.

Friday, 2 November 2012

C. Yang Lama Jangan Di Buang

1. Guna semula bahan terbuang.

Cara-cara membuang tanglung.


bahan-bahan yang diperlukan
kertas majalah,guntung, gam dan tali

lipat dua kertas majalah secara melintang

 gunting seleber 1 inci pada bahagian berlipat
 

gunting hingga ke bahagian hujung
( jangan putus )



kertas majalah telah siap di gunting

 
cantumkan bahagian tepi dan gamkan


 
setelah digamkan, pasangkan tali.

B. Alam Sekitar Di Pelihara Bersama

Mari menyanyi bersama  (  mengikut irama  You Are My Sunshine )

Kitar semula setelah diguna
Janganlah terus membuangnya
Tin, surat khabar dan botol kaca
Hantar ke pusat kitar semula
 
Kitar semula setelah diguna
tayar dan botol jangan buang
Boleh di hias di mana-mana
Tambah ceria indah suasana
 
Marilah adik mari semua
Sederhanalah setiap masa
Air dan Petrol jimatkan juga
Kekalkan amalan mulia
 
 
1. Cara mengelakkan pembaziran daripada lirik lagu.
 
- tin, surat khabar dan botol kaca di hantar ke pusat kitar semula
botol minuman
tin minuman
 
surat khabar lama

 
 
2. Amalan berjimat cermat yang kita boleh lakukan .
 
- berkongsi kereta
- mengamalkan konsep 3R
- tidak membazirkan air dan elektrik
- menonton televisyen bersama-sama
 
Rumusan : kita mesti mementingkan sikap sederhana dan mengelakkkan pembaziran apabila menggunakan air, bahan bakar dan sumber alam yang lain.