Sunday, 14 October 2012

Unit 18 - Persekitaran Bersih Hidup Sihat

4.1 Nilai - Kebersihan dan Keindahan Persekitaran


Unit 18 -  Persekitaran Bersih Hidup Sihat

A. Bersama menjaga kebersihan

1. Cara-cara menjaga kebersihan:
- membuang sampah yang boleh dikitar ke dalam tong kitar semula.
- membuang bekas minuman dan makanan yang menyebabkan iar bertakung kedalam tong sampah.

2. Kepentingan menjaga kebersihan persekitaran:
- supaya kita hidup dalam keadaan yang bersih dan ceria, tiada pencemaran dan kita tidak mudah dijangkiti penyakit

3. Cara membantu menjaga kebersihan di kawasan tempat tinggal:
- menyapu kawasan dalam dan luar rumah.
- memotong rumput dan mencuci longkang.
- membuang sampah ke dalam tong sampah sera memasukkan bahan-bahan seperti tin, kaca, kertas dan plastik ke dalam tong kitar semula.

4. Peraturan tempat tinggal:
- jangan membuang sampah merata-rata.
- memasukkan sampah ke dalam plastik sebelum di masukkan ke dalam tong sampah.
- memastikan tong sampah ditutup.
- meletakkan tong sampah di luar rumah mengikut jadual pungutan sampah.
- jangan membiarkan longkang tersumbat/kotor.

Info :

Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus denggi (virus Flavivirus) bawaan sejenis nyamuk iaitu nyamuk aedes. Bagi mereka yang mengalami demam, ia boleh disyaki mendapat denggi kiranya mempunyai simptom-simptom di bawah:

Antara simptom demam denggi ialah:
• Demam kuat secara mengejut.
• Demam berterusan.
• Sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi dan biji mata.
• Ruam atau bintik merah di kulit.
• Pendarahan di bawah kulit dan pada hidung serta gusi.

Simptom-simptom lain termasuklah:
• Sakit kepala.
• Ruam merah di kulit.
• Hilang selera.
• Muntah-muntah.
• Sakit perut

Sebenarnya kitaran hidup nyamuk Aedes bermula dari telur hingga sampai menjadi nyamuk dewasa, hanya mengambil masa selama 7 hari sahaja. Jadi, kita boleh memisahkan kitaran itu dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan di luar rumah kita seminggu sekali.

Ia mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Antara tempat-tempat yang menjadi potensi pembiakan jentik-jentik di persekitaran rumah kita adalah:

Di dalam rumah:
- talam peti sejuk
- pelapik rak pinggan
- perangkap semut
- kolah air mandi
- pam tandas
- mangkuk tandas yang rosak
- baldi atau bekas bunga di atas meja atau kabinet

kitaran-hidup-aedes
 

kitaran-hidup-aedes
Di luar rumah:
- tong drum kosong atau tempayan
- pasu bunga atau alas pasunya dan takungan hidroponik
- tin-tin kosong dan tayar buruk
- kanvas dan semua jenis pelastik
- bekas minuman haiwan peliharaan dan polisterin
- longkang atau saluran air hujan di bumbung

Cara pembersihan untuk mengelakkan demam denggi:
1. Hapuskan nyamuk aedes dewasa. Gunakan racun penyembur serangga di rumah.
2. Semburan kabus (fogging) untuk semburan kabus yang berkesan. Orang ramai perlu memberi
    kerjasama dan membenarkan petugas menyembur kabus di dalam rumah.
3. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti Abate ke dalam semua bekas menyimpan air tiga
    bulan sekali. (satu sudu = 10 gram untuk 20 gelen air)
4. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur.
5. Salin air dalam tempayan, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu dan cuci serta berus
    sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
6. Buang air dari piring alas pasu dari masa ke semasa dan berus piring itu hingga bersih untuk
    memusnahkan telur nyamuk.
7. Tanam semula semua benda atau bekas yang boleh menakung air hujan seperti botol, tin kosong,
     tempurung kelapa, kulit buah koko dan lain-lain.
8. Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).
9. Pastikan tayar-tayar buruk atau tak terpakai tidak menakung air.

Jika kita inginkan persekitaran yang sihat dan tiada ancaman nyamuk aedes yang merbahaya, kita hendaklah memastikan persekitaran rumah kita sentiasa diperiksa dan dibersihkan.



B. Kebersihan Persekitaran

Sekiranya tin kosong, botol tayar dan bekas makanan dibiarkan bersepah :
Air akan bertakung dan :
- nyamuk aedes membiak
- berbau busuk

Tin minuman - boleh dikitar semula
                       - boleh diguna semula sebagai tabung

Tempurung - boleh diguna semula menjadi barang perhiasan

Beg plastik - boleh diguna semula sebagai bahan perhiasan

Tayar buruk - boleh guna semula sebagai bahan perhiasan atau bahan bakar

Botol minuman plastik dan kaca - boleh dikitar semula dan digunakan semula.


Ia mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Antara tempat-tempat yang menjadi potensi pembiakan jentik-jentik di persekitaran rumah kita adalah:

Di dalam rumah:
- talam peti sejuk
- pelapik rak pinggan
- perangkap semut
- kolah air mandi
- pam tandas
- mangkuk tandas yang rosak
- baldi atau bekas bunga di atas meja atau kabinet


 


No comments: