Saturday, 27 October 2012

UNIT 19 - Sumber Alam di Hargai Bersama

A. Fikir Dahulu Sebelum Buang

Nilai 4.2 : Menyayangi alam Sekitar

1. Cara menggunakan sumber alam secara bijak :

- mengitar semula seperti botol, surat khabar, tin minuman dan lain-lain.
- berjimat apabila  menggunakan air  dan gas untuk memasak
- berkongsi kereta  dan menggunakan bas  untuk mengurangkan bahan bakar seperti petroleum.

2. Kesan kepupusan sumber alam:

- generasi akan datang tidak dapat menikmati  alam yang indah, bersih dan ceria.
- harga barangan semakin mahal dan sukar didapati.

3. Cara mengelakkan pembaziran sumber alam.

- mengguna semula kertas, tin dan botol minuman.
- berkongsi kereta.
- menjimatkan penggunaan air.


layari lama web ini   http://saya-air.blogspot.com/2011/03/jimatkan-penggunaan-air.html

Monday, 22 October 2012

18D Kekalkan Kebersihan





1. Perasaan kita apabila melihat persekitaran yang bersih.

- Berasa nyaman
- Seronok
- Aman
- Sejahtera
- Gembira


2. Sikap yang harus diamalkan oleh setiap individu untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar.

- Tidak membuang sampah merata-rata
- Menyayangi alam sekitar
- Memberikan kesedaran kepada semua melalui kempen kebersihan.


Nilai sampingan :


  • Hemah tinggi
  • Kasih sayang
  • Kebersihan 
  • Fizikal dan mental


18C Menjaga Kebersihan Tanggungjawab Bersama



air bertakung

1. Akibat daripada perlakuan tidak mematuhi peraturan


- menjejaskan kesihatan
- mengotorkan kawasan
- berbau busuk
- longkang tersumbat
- air bertakung
- membiakkan nyamuk serta membahayakan


keratan akhbar berkenaan longkang tersumbat yang menjadi punca bau busuk.


poster yang menggalakkan masyarakat
membuang sampah ke dalam
tong sampah.
2. Tindakan yang sepatutnya dilakukan demi menjaga kebersihan persekitaran

- meminta AJK penduduk di kawasan tersebut memberitahu semua penduduknya semasa mesyuarat persatuan penduduk yang dijalankan.

- melukis poster yang menunjukkan cara membuang sampah yang betul untuk dilekatkan di kawasan tempat tinggal.

- membuang sampah ke dalam tong sampah

- menyediakan tong sampah yang mencukupi

Sunday, 14 October 2012

Guna Semula Bahan Terbuang

kereta daripada tin minuman
perhisan daripada tempurang kelapa
jam daripada penurtup tin minuman
papan tanda daripada tayar
bunga daripada beg plastik

Unit 18 - Persekitaran Bersih Hidup Sihat

4.1 Nilai - Kebersihan dan Keindahan Persekitaran


Unit 18 -  Persekitaran Bersih Hidup Sihat

A. Bersama menjaga kebersihan

1. Cara-cara menjaga kebersihan:
- membuang sampah yang boleh dikitar ke dalam tong kitar semula.
- membuang bekas minuman dan makanan yang menyebabkan iar bertakung kedalam tong sampah.

2. Kepentingan menjaga kebersihan persekitaran:
- supaya kita hidup dalam keadaan yang bersih dan ceria, tiada pencemaran dan kita tidak mudah dijangkiti penyakit

3. Cara membantu menjaga kebersihan di kawasan tempat tinggal:
- menyapu kawasan dalam dan luar rumah.
- memotong rumput dan mencuci longkang.
- membuang sampah ke dalam tong sampah sera memasukkan bahan-bahan seperti tin, kaca, kertas dan plastik ke dalam tong kitar semula.

4. Peraturan tempat tinggal:
- jangan membuang sampah merata-rata.
- memasukkan sampah ke dalam plastik sebelum di masukkan ke dalam tong sampah.
- memastikan tong sampah ditutup.
- meletakkan tong sampah di luar rumah mengikut jadual pungutan sampah.
- jangan membiarkan longkang tersumbat/kotor.

Info :

Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus denggi (virus Flavivirus) bawaan sejenis nyamuk iaitu nyamuk aedes. Bagi mereka yang mengalami demam, ia boleh disyaki mendapat denggi kiranya mempunyai simptom-simptom di bawah:

Antara simptom demam denggi ialah:
• Demam kuat secara mengejut.
• Demam berterusan.
• Sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi dan biji mata.
• Ruam atau bintik merah di kulit.
• Pendarahan di bawah kulit dan pada hidung serta gusi.

Simptom-simptom lain termasuklah:
• Sakit kepala.
• Ruam merah di kulit.
• Hilang selera.
• Muntah-muntah.
• Sakit perut

Sebenarnya kitaran hidup nyamuk Aedes bermula dari telur hingga sampai menjadi nyamuk dewasa, hanya mengambil masa selama 7 hari sahaja. Jadi, kita boleh memisahkan kitaran itu dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan di luar rumah kita seminggu sekali.

Ia mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Antara tempat-tempat yang menjadi potensi pembiakan jentik-jentik di persekitaran rumah kita adalah:

Di dalam rumah:
- talam peti sejuk
- pelapik rak pinggan
- perangkap semut
- kolah air mandi
- pam tandas
- mangkuk tandas yang rosak
- baldi atau bekas bunga di atas meja atau kabinet

kitaran-hidup-aedes
 

kitaran-hidup-aedes
Di luar rumah:
- tong drum kosong atau tempayan
- pasu bunga atau alas pasunya dan takungan hidroponik
- tin-tin kosong dan tayar buruk
- kanvas dan semua jenis pelastik
- bekas minuman haiwan peliharaan dan polisterin
- longkang atau saluran air hujan di bumbung

Cara pembersihan untuk mengelakkan demam denggi:
1. Hapuskan nyamuk aedes dewasa. Gunakan racun penyembur serangga di rumah.
2. Semburan kabus (fogging) untuk semburan kabus yang berkesan. Orang ramai perlu memberi
    kerjasama dan membenarkan petugas menyembur kabus di dalam rumah.
3. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti Abate ke dalam semua bekas menyimpan air tiga
    bulan sekali. (satu sudu = 10 gram untuk 20 gelen air)
4. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur.
5. Salin air dalam tempayan, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu dan cuci serta berus
    sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
6. Buang air dari piring alas pasu dari masa ke semasa dan berus piring itu hingga bersih untuk
    memusnahkan telur nyamuk.
7. Tanam semula semua benda atau bekas yang boleh menakung air hujan seperti botol, tin kosong,
     tempurung kelapa, kulit buah koko dan lain-lain.
8. Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).
9. Pastikan tayar-tayar buruk atau tak terpakai tidak menakung air.

Jika kita inginkan persekitaran yang sihat dan tiada ancaman nyamuk aedes yang merbahaya, kita hendaklah memastikan persekitaran rumah kita sentiasa diperiksa dan dibersihkan.



B. Kebersihan Persekitaran

Sekiranya tin kosong, botol tayar dan bekas makanan dibiarkan bersepah :
Air akan bertakung dan :
- nyamuk aedes membiak
- berbau busuk

Tin minuman - boleh dikitar semula
                       - boleh diguna semula sebagai tabung

Tempurung - boleh diguna semula menjadi barang perhiasan

Beg plastik - boleh diguna semula sebagai bahan perhiasan

Tayar buruk - boleh guna semula sebagai bahan perhiasan atau bahan bakar

Botol minuman plastik dan kaca - boleh dikitar semula dan digunakan semula.


Ia mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Antara tempat-tempat yang menjadi potensi pembiakan jentik-jentik di persekitaran rumah kita adalah:

Di dalam rumah:
- talam peti sejuk
- pelapik rak pinggan
- perangkap semut
- kolah air mandi
- pam tandas
- mangkuk tandas yang rosak
- baldi atau bekas bunga di atas meja atau kabinet